Pernahkah kereta anda ditarik selepas beberapa bulan pinjaman kereta anda tidak dibayar?
.
Siapa yang pernah melaluinya pasti masih terasa sedih dan ngeri mengalami situasi begini. Malu, marah, terkilan melihat kereta kesayangan telah ditunda
.
KapitalisMuda yakin anda tidak mahu melaluinya lagi. Baca 19 points dibawah untuk ambil ilmu hak undang-undang apabila berdepan situasi begini (sumber akhbar Free Malaysia Today) :
.
1- Pihak polis tidak terlibat serta melindungi aktiviti penarikkan kenderaan yang dijalankan oleh ejen penarik kenderaan mewakili Institusi kewangan.
.
2- Kebanyakkan laporan polis yang dibuat oleh ejen penarik kenderaan yang di lantik oleh pihak institusi kewangan hanya selepas proses penarikkan kenderaan dijalankan.
.
3- Laporan polis yang dibuat oleh ejen penarik kereta bagi menyatakan kesahihan bahawa tindakan yang diambil oleh ejen yang dilantik oleh Institusi kewangan mengikut prosedur perundangan.
.
4- Kenderaan yang dibeli secara “sewa beli” terus menjadikan pembeli sebagai “penyewa” manakala Institusi kewangan adalah “pemunya”.
.
5- Mengikut Akta Sewa Beli, Intistusi Kewangan berhak mengambil semula (tarik) kenderaan tersebut apabila penyewa gagal membayar jumlah ansuran yang telah ditetapkan dalam syarat perjanjian dengan Institusi kewangan.
.
6- Ejen penarik kenderaan perlu membuat permohonan dan pendaftaran dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) bagi memperolehi kad kuasa ejen penarikkan kenderaan.
.
7- Tidak dibenarkan menarik kenderaan yang berada di kawasan kediaman berpagar.
.
8- Tidak dibenarkan menarik kenderaan pada hari cuti umum.
.
9- Masa untuk menjalankan penarikkan kenderaan bermula 9 pagi sehingga 9 malam.
.
10- Perlu mengemukakan kepada penyewa beli iaitu surat arahan tarik dari Institusi kewangan dan perintah Mahkamah sekiranya kenderaan yang hendak ditarik telah membuat bayaran melebihi 75% daripada pinjaman kenderaan.
.
11- Ejen penarik kenderaan mestilah mempunyai Kad Autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.
.
12- Perlu bersikap professional.
.
13- Penampilan yang kemas dan bersesuaian.
.
14- Penggunaan kekerasan sepanjang proses penarikkan adalah tidak dibenarkan.
.
15- Hendaklah memberi masa yang cukup kepada penyewa beli untuk mengeluarkan barang peribadi daripada kenderaan yang hendak ditarik.
.
16- Selepas kenderaan ditarik hendaklah membuat laporan polis dengan serta merta bagi maksud kesahihan menjalankan prosedur penarikkan kenderaan.
.
17- Sebarang permasalahan melibatkan penarikkan kenderaan terutamanya ada perlakuan jenayah, kekasaran, pemerasan duit ataupun pencerobohan premis tanpa izin, pihak penyewa beli berhak membuat laporan polis bagi maksud mengambil tindakan undang–undang ke atas penarik kenderaan/ Institusi Kewangan tersebut dan begitu juga sebaliknya.
.
18- Penyewa beli boleh mendapatkan semula kenderaan mereka setelah membayar jumlah tunggakan pinjaman, jumlah baki hutang pinjaman dan kos-kos berkaitan penarikkan.
.
19- Jika tidak bayar dalam masa 21 hari setelah Notis Jadual Kelima dihantar, pihak Institusi Kewangan berhak menjual kenderaan tersebut melalui kaedah lelongan.
.
Hafal 19 points ini atau savekan artikel ini untuk rujukan anda dimasa hadapan.
.
Boleh juga dikongsi kepada semua rakan atau saudara terdekat supaya mereka tahu apa perlu dilakukan jika berdepan situasi ini.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?
Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.
Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :