fbpx

MENYEWA ATAU BELI RUMAH LEBIH BAIK?

Baru ini KapitalisMuda ada perasaan berlaku perang pendapat di media sosial berkenaan patut sewa atau membeli hartanah? 

.

Sebenarnya ianya bergantung pada strategi kewangan kita. 

.

Lain objektif, lain metodologinya (cara pelaksanaannya).

.

Ibarat, nelayan menangkap ikan mengunakan jala, dan pemburu menangkap buruan dihutan mengunakan cara menembak. 

.

Sebelum KapitalisMuda ulas isu ini lebih lanjut, mari kita lihat kelebihan kedua-dua kelebihan menyewa atau membeli ini. 

.

.

5 Kelebihan Utama Menyewa

1- Tidak perlu ada rekod CCRIS / CTOS untuk menyewa (melainkan owner minta tapi jarang sangat berlaku).

2- Tidak perlu bayar maintenance fee, sinking fund, cukai pintu, cukai tanah, dan insuran kebakaran dimana semua ini pemilik hartanah yang bayar. 

.

3- Tidak perlu membaiki rumah jika ada kerosakan yang memerlukan kos besar (major repair). Penyewa menanggung kerosakan kecil sahaja (bawah RM 200 kebiasaanya). 

.

4- Fleksibel. Boleh menyewa dimana-mana tempat yang kita suka tanpa perlu terikat dengan satu tempat sahaja. 

.

5- Tiada komitmen berpuluh-puluh dengan pihak bank. Hanya perlu beri komitmen bayar sewa mengikut tempoh perjanjian sewa yang termeterai diantara pemilik rumah dan penyewa.

.

5 Kelebihan Utama Beli Rumah

.

1- Bagi hartanah pelaburan, penyewa yang bayarkan loan bank kita. Minimum kadar sewa haruslah dalam 70% dari monthly instalment loan bank kita. (untuk bayar interest loan).

.

2- Jika berlaku kenaikkan harga hartanah, pemilik rumah yang akan menikmati hasilnya bukan penyewa.

.

3- Boleh lakukan ubah suai mengikut pilihan hati tanpa perlu risau. Tapi perlulah mematuhi undang-undang ubahsuai ya mengikut pihak berkuasa tempatan masing-masing. 

.

4- Lebih tenang dan settle down, kerana tidak perlu gusar perjanjian sewa ditamatkan lantas terpaksa berpindah secara tiba-tiba sebagaimana menjadi penyewa. 

.

5- Bagi yang membeli rumah untuk duduk sendiri, rumah boleh diwariskan kepada isteri dan anak-anak. Mereka tak perlu berpindah dari rumah yang penuh memori bersama anda tersebut. Emotional factor. 

.

.

Jadi berdasarkan kelebihan utama antara menyewa dan membeli hartanah, mana satu pilihan anda? 

.

Nak pilih kena ada ilmu. Ketahui kriteria-kriteria ilmu tersebut dalam webinar Faizul Ridzuan hari Ahad malam, 9pm. Register DISINI

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?

Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.

Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :

Scroll to Top