.
Ada sebahagian orang benci pelaburan hartanah dan kata jenis pelaburan ini tak berbaloi. Interest bank kena bayar, capital appreciation rendah, dan lambat kaya pula.
.
Sebenarnya kenapa pelabur hartanah suka sangat pada pelaburan hartanah berbanding jenis pelaburan lain sebab ianya ada konsep ‘leverage’.
.
Konsep leverage bahasa mudahnya macam kita ada bantuan untuk dapatkan sesuatu.
.
Contoh dalam pelaburan hartanah:
1- Kalau nak beli rumah harga RM 400,000, maka kita tak perlu simpan cash RM 400,000.
.
Lambatlah kalau nak menyimpan.
.
Tapi dalam konsep leverage, kita hanya perlu pergi bank, bawa dokumen yang diperlukan untuk dapatkan pinjaman 90% (atau lebih 100% pun ada).
.
Leverage pada bank untuk kita beli rumah tanpa guna sepenuhnya cash yang kita ada ketika itu.
.
2- Kalau dah beli hartanah, kita kena bayar monthly installment bulanan kan?
.
Jadi kita sewakan hartanah itu, dapatkan kadar sewa ‘breakeven’, dan biarkan penyewa bayarkan monthly installment untuk kita. Ini maksudnya kita leverage pada penyewa untuk membayar monthly instalment bank kita.
.
Contoh bayar bank dan kos-kos lain dalam RM 2,000 sebulan, maka pelabur hartanah sewakan RM 2,000 kepada penyewa juga.
.
Kalau dapat sewa breakeven rental (dimana kadar sewaan bersamaan dengan kos-kos kita), maka pelabur hartanah bakal menikmati capital appreciation terus.
.
Jadi kalau dah simpan 20 tahun dan katakan purata appreciation 5% setahun, maka 5% itu pelabur hartanah punya. Itu profit. 5% itu dari harga rumah tau bukan dari jumlah pinjaman bank.
.
Bagi yang kurang jelas, inilah yang orang kata konsep Other People Money (OPM), Other People Effort (OPE), dan Other People Time (OPT).
.
Tapi sebagai pelabur hartanah yang beriman, jangan lupa berzakat dan bersedekah. Kongsikan keuntungan kepada masyarakat balik. Barulah kita jadi pelabur yang memberi sumbangan berguna kepada masyarakat!
_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?
Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.
Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :