Jika ada yang bertanya kenapa pelaburan hartanah adalah antara instrument pelaburan terbaik? Jawapan kami adalah kerana cashflow.
.
Cashflow is the beauty of real estate investment.
.
Kenapa kami kata macam tu? Apakah itu cash flow?
.
CashFlow pelaburan adalah cash (tunai) yang diperolehi setiap bulan yang dihasilkan daripada keuntungan melalui pelaburan ataupun aset yang seterusnya menghasilkan aliran tunai ke akaun anda.
.
Senang kata, pelaburan/ asset anda yang bekerja untuk generate pendapatan.
.
Maka jika anda impikan untuk mencapai financial independence, sebenarnya cashflow ini lah salah satu cara untuk mencapai gol anda itu.
.
Di sini kami ingin terangkan 2 perkara utama apakah yang dimaksudkan dengan cashflow dalam pelaburan hartanah.
.
.
Sewaan rumah
Jika anda mempunyai hartanah untuk tujuan pelaburan, sudah pasti anda akan menyewakan hartanah tersebut.
.
Formula Kiraan Asas Cash flows :
Cash flows = Pendapatan Sewa – (Kos-Kos Terlibat)
.
Pengiraan cashflows biasanya dilakukan secara bulanan.
.
.
Kos-Kos Terlibat
Senaraikan kos-kos yang terlibat sepanjang sewaan tersebut iaitu:
1- Kos Penyelenggaraan (Maintenance fee-jika ada)
2- Sinking Fund (jika ada)
3- Cukai Pintu (Assessment Tax)
4- Cukai Tanah (Quit Rent)
5- Kos ejen marketing (contoh Real Estate Negotiator) – jika ada
6- Kos interest pinjaman rumah (anggaran 70% dari pinjaman)
7- Insuran kebakaran
.
.
Pendapatan Sewa
Katakan anda menyewakan hartanah anda sebanyak RM1,500 sebulan.
.
Manakala Kos-kos bulanan pengurusan rumah sewa
1- Kos Penyelenggaraan (Maintenance fee) – RM 200 sebulan
2- Sinking Fund (jika ada) – RM 20 sebulan
3- Cukai Pintu (Assessment Tax) – RM 300 setahun @ RM 25 sebulan
4- Cukai Tanah (Quit Rent) – RM 30 setahun @ RM 2.50 sebulan
5- Kos ejen marketing (contoh Real Estate Negotiator) – RM 1,000 @ RM 83.33 sebulan
6- Bayaran sewa rumah anda – RM 950 sebulan
7- Insuran Kebakaran – RM 70 setahun @ RM 5.83 sebulan
Total kos = RM 1,286
.
Maka, Cashflows bulanan = RM 1,500 – RM 1,286 = RM 214 sebulan
.
Maka setelah ditolak kos ini, cashflow anda adalah sebanyak RM 214 sebulan. Ini bermakna hartanah anda memberikan anda cashflow positif pada setiap bulan!
.
RM 214 inilah yang dikatakan sebagai passive income anda.
.
Ada rumah yang memberikan cashflows positif sebanyak RM 500 dan RM 1,000 sebulan pun ada!
.
Satu lagi perkara harus diingat adalah, loan rumah anda dibayar oleh penyewa tau. Jika anda melakukan penyewaan ini sehingga loan bank anda tamat seperti mana tenure pinjaman anda, maka rumah itu sebenarnya dibayar oleh penyewa anda!
.
.
Bayangkan anda ada 5 buah rumah sebegini. Beribu-ribu income pasif anda setiap bulan tu.
.
Dalam pengiraan diatas, kami tidak masukkan kos repair rumah dan kos repair perabot kerana biasanya ini ditanggung oleh pihak penyewa melainkan kos major repair seperti siling bocor (leaking), dinding retak etc.
.
Sebab itu pentingnya ada deposit ataupun insuran penyewaan (seperti yang ditawarkan SpeedRent).
.
Jadi selamat melabur ya! Jadi pelabur bijak!
.
p/s : Kiraan cashflows diatas adalah kiraan secara asas ya. Nanti KapitalisMuda kongsikan kiraan Nett Cashflows pula dalam artikel lain.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?
Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.
Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :