Bagi pasangan yang bercinta, pasti mengharapkan hubungan itu berakhir ke perkahwinan.
.
Sudah pasti yang diimpikan adalah semua yang Indah. Namun harus diingat, perkahwinan bukanlah suatu yang mudah.
.
Amat penting untuk wujudkan dan mempunyai persefahaman yang sama dalam semua perkara apabila berumah tangga. Apa yang ingin dicapai dalam perkahwinan ini. Dan bagai mana anda hendak lead keluarga baru anda.
.
Isu kewangan adalah antara perkara utama yang perlu dibincangkan sebelum berkahwin lagi. Kerana apabila sudah berkahwin nanti, jika silap atur kewangan boleh membawa kepada pergaduhan dan paling teruk kepada penceraian.
.
Berikut adalah 4 nasihat kewangan yang kami ingin kongsikan bagi pasangan yang ingin berkahwin:
.
- Rancang majlis perkahwinan yang sederhana
.
Merancang perkahwinan adalah satu proses yang sangat menyeronokkan dan mengujakan. Kami faham.
.
Majlis hanya sekali, maka pasti kita nak yang terbaik untuk dijadikan kenangan kita nanti.
.
Dalam keseronokan itu, anda hendaklah menetapkan berapa bajet yang diperlukan untuk majlis perkahwinan nanti.
.
Pastikan segala perancangan dan perbelanjaan tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan dari awal lagi.
.
Adalah lebih baik anda merancang majlis yang sederhana kerana apa yang lebih penting adalah kehidupan selepas majlis itu.
.
.
- Ambil tahu berkenaan hutang masing-masing
.
Bila anda sudah buat keputusan untuk berkahwin, cari masa yang sesuai untuk anda berbincang bersama-sama pasangan berkenaan segala jenis hutang yang anda ada.
.
Senaraikan kesemua hutang anda dan pasangan termasuklah hutang pendidikan seperti PTPTN jika ada.
.
Pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman kereta semua anda senaraikan berapa bayaran bulanan serta berapa baki hutang yang tinggal.
.
Ini amat penting untuk mengelakkan anda dan pasangan anda terkejut bila dah berkahwin nanti.
.
Terkejut rupanya pasangan adalah seorang yang suka berhutang. Bil kad kredit sampai maksimum!
.
Selain itu, apabila anda tahu berapa hutang masing-masing, anda boleh mula merancang kewangan selepas berumah tangga nanti.
.
Sebagai contoh anda boleh rancang hutang mana yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
.
.
- Set halatuju kewangan anda dan pasangan
.
Rancang dan sentiasa berbincang mengenai matlamat kewangan bersama.
.
Anda dan pasangan mestilah berada in the same page apabila menetapkan halatuju kewangan keluarga anda.
Apabila keluarga semakin membesar dengan kehadiran anak-anak nanti, apakah keperluan kewangan yang perlu anda sediakan. Senaraikan perbelanjaan bulanan yang bakal anda hadapi bersama nanti.
.
Bayaran sewa rumah, bil elektrik dan air, barang keperluan rumah, insuran dan sebagainya.
.
Setelah menolak segala perbelanjaan wajib tersebut, berapakah jumlah yang anda dan pasangan boleh simpan sebagai dana kecemasan.
.
Sekiranya berlaku sesuatu, sekurang-kurangnya ada tabungan yang boleh digunakan nanti.
.
.
- Rancang pelaburan keluarga
.
Jika di awal perkahwinan anda menyewa..sudah pasti anda merancang untuk membeli rumah sendiri nanti.
.
Selain itu, apakah dana yang anda perlu sediakan di masa akan datang.
.
Sebagai contoh dana pendidikan anak-anak dan dana persaraan.
.
Maka, bagai mana anda hendak mencapai semua perancangan ini? Apakah strategi pelaburan yang boleh anda gunakan untuk menyediakan dana-dana tersebut.
.
Mula kaji setiap peluang pelaburan yang ada.
.
Laksanakan due diligence bagi setiap jenis pelaburan yang anda senaraikan. Bincang lah dengan pasangan anda pelaburan yang mana sesuai berdasarkan profil kewangan anda bersama.
.
Akhir sekali, apabila anda berkahwin nanti. Jangan sembunyikan perbelanjaan di antara satu sama lain.
.
Kongsikan perbelanjaan anda bagi memastikan segala perancangan kewangan yang anda telah tetapkan bersama dapat dicapai.
.
Bercakap lah mengenai matlamat kewangan anda dan pasangan sekerap yang mungkin supaya masing-masing sentiasa berada dalam track yang betul.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?
Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.
Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :