fbpx

Executive IT Rugi Lebih RM1.2 juta selepas di ‘scam’ oleh pegawai LHDN palsu

Dalam suasana kemelesetan ekonomi ini, ramai yang terdesak sehingga sanggup menipu mangsa tidak kira lapisan umur atau latar belakang. 

.

KapitalisMuda ada terbaca satu kisah wanita yang ditipu sehingga RM 1 juta lebih baru-baru ini! 

.

Seorang pembangun perisian teknologi maklumat wanita mengalami kerugian RM1,215,600 akibat diperdaya sindiket Macau Scam, selepas menerima panggilan telefon daripada individu menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Superintendan Tan Poh Cheok berkata, mangsa yang bekerja di syarikat swasta dan berusia 61 tahun itu, tampil membuat laporan polis semalam.

.

“Pada 29 Julai lepas, pengadu menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa daripada pihak LHDN dan memaklumkan dia mempunyai tunggakan cukai serta terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

.

“Pengadu kemudiannya telah dihubungi seorang lagi individu mendakwa daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, meminta pengadu untuk mengaktifkan akaun miliknya untuk proses siasatan.

.

Dia juga diminta menyalurkan semua maklumat berkenaan penyata gaji, penyata insurans, penyata bank, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan maklumat saham miliknya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

.

Beliau berkata, mangsa juga telah diarahkan untuk membuat beberapa transaksi daripada akaun lain dan wang pengeluaran KWSP milik mangsa ke dalam akaun yang baru diaktifkan tersebut.

.

Tanpa pengetahuan mangsa, Poh Cheok berkata, wang dalam akaun baharu mangsa telah dipindahkan ke beberapa akaun yang tidak dikenali, selain turut menerima surat pemakluman melalui aplikasi WhatApps bahawa transaksi pindahan wang tersebut adalah bagi tujuan pembekuan akaun.

.

“Jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM1,215,600 dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi serta maklumat perbankan kepada pihak yang tidak dikenali dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

.

Jadi KapitalisMuda menyeru agar pembaca semua tidak terpedaya dengan taktik ini lagi okay. Bijak kewangan dalam dunia kapitalis moden!

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?

Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.

Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :

Scroll to Top