- PERWARISAN
Wanita perlu ada aset atas nama sendiri supaya tiada masalah perwarisan harta selepas berkahwin.
.
Biasanya berlaku masalah antara keluarga apabila ada nama hartanah diatas nama bersama (dalam Sale & Purchase Agreement ada 2 nama).
.
Jadi ada berlaku tuntuan harta sepencarian dan sebagainya.
.
Kalau loan kita bayar, dan rumah pun atas nama kita, ianya mudah sedikit diuruskan selepas kematian kita.
.
.
- LEAD PELABURAN KELUARGA
Wanita yang ada kesedaran dan mahir ilmu kewangan nanti selepas berkahwin seandainya husband kurang kesedaran bab pelaburan ini, maka anda boleh bantu ‘lead’ bab pelaburan keluarga.
.
.
- TIDAK TERLALU BERGANTUNG
Tidak mengharap pada pelaburan suami semata-mata.
.
Suami mungkin suka jenis pelaburan lain seperti saham atau cara pelaburan yang mungkin tidak sesuai dengan cara pelaburan anda. Ada yang suka high risk, ada yang suka low risk investment.
.
Kalau melabur berasingan mungkin ada baiknya dari segi pengurusan risiko. Don’t put all eggs into one basket.
.
.
- SURI RUMAH YANG BERGAJI
Jadi suri rumah tapi ada gaji dari hasil duit kutipan sewa positif cashflows rumah.
.
Kita tak perlu risau lagi bab tidak cukup duit belanja keluarga jika cashflows rumah pelaburan kita mencukupi.
.
Disamping dapat menjaga rumah tangga, kita juga boleh membantu meringankan beban suami dalam menampung belanja keluarga kan?
.
.
- MENAMPUNG KOS KECANTIKAN
Ramai wanita yang lupa, seorang isteri juga patut berhias walaupun selepas berkahwin!
.
Namun berhias ini memakan kos.
.
Disaat beban kewangan yang bertambah berikutan komitmen selepas berkahwin (duit anak, rumah sewa, etc), maka ramai wanita jarang berbelanja membeli alat solek atau baju-baju yang cantik.
.
Jika ada pendapatan pelaburan, maka tidak perlu kacau gaji asal kita. Tidak perlu minta suami keluar duit bab maintenance kecantikan ini.
.
Ramai wanita yang malu minta duit suami untuk bab ini sebenarnya.
.
.
- UNTUK KEADAAN KECEMASAN
Hidup berkeluarga ini banyak cabaran.
.
Jadi jika bercerai sekalipun (mohon dielakkan), wanita ada harta atas nama sendiri, tempat berteduh untuk diri sendiri tanpa perlu terlalu risau hidup jadi terkontang-kanting apabila ditinggalkan.
.
Benar kita tidak doakan apa-apa perkara buruk terjadi, tapi bukankah bagus sediakan payung sebelum hujan?
_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?
Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.
Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :