Ramai yang kata, rumah adalah aset. Kena beli rumah cepat supaya muda-muda dah ada aset sendiri.
.
Tapi jika anda jumpa 8 ciri ini seperti ini, baik janganlah membeli.
.
- Layak tidak semestinya mampu. Anda layak dapat pinjaman bank tapi anda kurang mampu membayar komitmen bulanan rumah pelaburan. Disebabkan simpanan sangat sedikit, maka bahaya jika rumah gagal kosong tiada penyewa kerana anda tidak mampu membayarnya. Pastikan buat kira-kira dahulu.
.
- Kos pembelian rumah yang tinggi (contoh yuran guaman, dan juga downpayment) sehingga bakal menghabiskan semua simpanan anda. Ini akan menjerumuskan anda ke dalam masalah kewangan kelak kerana dalam masa yang singkat anda hilang holding power atau simpanan kecemasan. Dapat rumah tapi hilang langsung simpanan kecemasan, bukankah itu sangat berisiko?
.
- Beli rumah lokasi yang agak jauh dari kemudahan, dan sangat kurang permintaan rumah sewa. Bakal menanggung biawak hidup jikarumah ini mengalami negative cashflows. Sebab itu pelabur suka beli rumah yang berdekatan dengan public transport seperti MRT, atau pun berdekatan dengan lebuhraya (mudah akses).
.
- Anda beli rumah yang atas dari harga median kawasan. Ini adalah pembelian yang overpriced. Sentiasa semak harga bersih yang hendak dibeli haruslah dibawah dari harga median. Semak harga median di Brickz.my.
.
- Beli rumah lelong atau subsale, tapi ada banyak hidden kos yang wajib kena bayar. Contohnya tunggakan yuran maintenance, yuran pengurusan, hakmilik strata, cukai taksiran, cukai pintu, cukai tanah, yuran penyelenggaraan tangki septik dan macam-macam lagi.
.
- Beli rumah untuk pelaburan yang susah nak dapat penyewa. Untuk dapatkan penyewa terpaksa sewakan pada harga rendah. Poket bleeding tiap bulan untuk cover komitmen kepada bank.
.
- Rumah yang ada penghuni yang degil tidak mahu keluar rumah walaupun sudah dijual. Pening owner baru nak tanggung kos monthly instalment bank tapi rumah tidak dapat didiami.
.
- Beli rumah terbengkalai yang ada risiko terbengkalai. Bertahun-tahun rumah masih tidak siap. Pemaju pula diketahui sudah hampir bangkrap.
.
Jadi sebelum beli rumah, fikir betul-betul dan wajib baca ilmu 7 Kriteria Pemilihan Rumah Pelaburan yang diajarkan tuan Faizul Ridzuan. Pasti akan selamat dan menguntungkan.
.
Semoga anda dapat cari rumah pelaburan yang menguntungkan!
_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?
Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.
Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :