fbpx

Confession Pelabur Hartanah Wanita

Rutin seorang wanita

Being a wife and mom is never easy.

.

Tak kira lah sama ada seseorang itu adalah wanita yang bekerja mahu pun suri rumah tangga. Ia bukan sekadar melahirkan dan membesarkan anak. It’s far beyond than that.

.

Its 24/7 job.

.

Bagi wanita yang telah berkahwin, kebiasaannya rutin bermula seawal pagi. Boleh jadi pukul 5.00am sudah mula. Sediakan breakfast, pakaian suami untuk bekerja, keperluan sekolah anak-anak dan bersiap untuk keluar bekerja bagi yang bekerja. 

.

Dan jika suri rumah namun ada business sampingan, mula lah busy untuk sorting order, bungkus parcel dan update customer. Sedar-sedar je sudah tengah hari. 

.

Manakala selepas habis waktu bekerja dan semua telah pulang ke rumah, rutin seorang wanita masih belum selesai. Sediakan makan malam, check homework anak, check buku sekolah anak dan teman anak belajar. Sekejap sahaja dah sampai masa untuk tidur. 

.

Rutin yang sama akan berulang day by day.

.

Disamping rutin yang sama dilakukan setiap hari, ada satu lagi cabaran utama kepada wanita. Iaitu ekspektasi dari Masyarakat (Society’s Expectations).

.

Ini antara contoh berkaitan ekspektasi terhadap status kewangan seorang wanita:

  1. Wanita kena pandai berdikari
  2. Wanita perlu ada simpanan sendiri
  3. Wanita perlu cari duit belanja sendiri
  4. Wanita yang telah berkahwin jangan terlampau berharap dan bergantung dengan suami

.

Namun bukan mudah nak penuhi ‘tuntutan’ expektasi masyarakat disamping melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri dalam satu masa!

.

Lagi-lagi dalam keadaan perbelanjaan hidup yang makin tinggi. Bila dah berkeluarga dan ada anak, all needs money.

.

Dan wanita kebanyakan nya rasa bertanggungjawab untuk sama-sama uruskan bebanan perbelanjaan rumah.

.

So, bagaimana cara wanita boleh tambah pendapatan? Dalam keadaan rutin harian mereka yang memang sudah sangat padat. 

.

Perlu buat kerja kedua? Atau bagaimana?

.

.

Melabur dalam hartanah!

.

Ya, dengan melabur. Saya cadangkan untuk wanita mulalah melabur dalam hartanah. Mudah, tidak perlu pakai banyak tenaga. Beli, simpan dan sewakan. Tidak perlu kacau masa kerja tetap anda. Tidak perlu berhenti kerja pun.

.

Kebanyakkan kaum lelaki paling banyak terlibat dalam bidang ini. Wanita amat jarang sekali. Kurang kesedaran mungkin.

.

Bagaimana pendapatan sampingan dapat diperolehi daripada pelaburan hartanah?

.

Dengan cara beli rumah yang boleh berikan pendapatan melalui sewaan.

.

Sebagai contoh, bayaran bulanan kepada pihak bank adalah sebanyak RM1,500. Rumah tersebut berjaya disewakan dengan nilai RM2,200. 

RM2,200 (sewa) – RM1,500 (bayaran bulanan) = RM700 (pendapatan)

.

Jangan pelik. Sebab sekiranya anda membeli rumah pelaburan yang betul, nilai pendapatan ini adalah sangat tidak mustahil untuk diperolehi. 

.

Dengan lebihan pendapatan ini, macam-macam boleh buat. 

.

Hantar anak untuk belajar skill baru seperti kelas coding, kelas memanah, kelas taekwando ataupun kelas musik. Kelas ini semua memang perlukan modal.

.

Nak beli alat solek pun boleh !

.

Atau boleh sahaja lebihan pendapatan ini disimpan dalam simpanan pelaburan seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) atau Tabung Haji untuk kegunaan masa hadapan.

.

Lagi lama rumah itu disewakan, semakin tinggi keuntungan yang kita boleh dapat apabila rumah itu dijual nanti!

.

Sekarang sudah banyak cara untuk memiliki rumah tanpa perlu pakai tunai yang terlalu banyak contohnya Skim Rumah Pertamaku, bagi staff kerajaan boleh gunakan pinjaman LPPSA, dan juga kelebihan House Ownership Campaign (HOC) kerajaan.

.

Bahkan pemaju swasta pun dah banyak buat pakej pemilikan hartanah tanpa perlu keluarkan modal yang besar!

.

Namun perlu diingat, pelaburan ini ada risikonya. 

.

Tapi semua risiko ini boleh diuruskan dengan mempelajari ilmu pelaburan yang betul.

.

Dan apa yang paling menarik dalam pelaburan hartanah ini, kebanyakan risiko pelaburan boleh diatasi dan diuruskan diperingkat awal lagi. Iaitu sebelum membeli sesebuah rumah. Contohnya ilmu 7 Kriteria Pemilihan Hartanah yang tuan Faizul Ridzuan ajarkan.

.

Calculate all the risk and manage your fear!

.

Benar duit tidak menjanjikan kegembiraan tetapi dengan kekuatan kewangan ianya dapat menyelesaikan pelbagai masalah lain yang menyakitkan kepala.

.

Beranikah wanita diluar sana sanggup berubah untuk tingkatkan tahap kewangan mereka? Wanita harus berani sahut cabaran untuk improve diri dan berpandangan jauh. Semoga berjaya!

Puan F, pelabur hartanah wanita yang berkerjaya dan berkeluarga

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?

Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.

Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :

Scroll to Top