fbpx

“Bayangkan, kami membawa keluar 60 beg sampah dari satu bilik tidur!”

Pelabur mana yang minta nak jumpa ‘penyewa dari neraka kan’!

.

Sejak bertahun-tahun lamanya, penyewa dari neraka ini adalah istilah yang diberikan pemilik rumah kepada penyewa yang ‘buat masalah’ pada rumah mereka.

.

Ada satu kisah ngeri ini dikongsikan oleh media massa Sinar Harian. 

.

Saya tertarik nak berkongsi kerana ada iktibar yang boleh didapati dalam kisah ini. Ikuti petikan cerita tersebut tersebut seperti dibawah:

.

LONDON – Seorang pemilik rumah di pekan kecil Staffordshire, England tergamam apabila mendapati rumahnya berubah 360 darjah selepas disewakan kepada penyewa dari ‘neraka’.

.

Ian Twigg berkata, keadaan rumahnya di Hebburn, South Tyneside ibarat tongkang pecah dan dia terpaksa menggunakan khidmat pencuci profesional bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.

.

Tambah Twigg, penyewa yang telah melarikan diri dan tidak membayar sewa tertunggak selama enam bulan itu bukan sahaja melongokkan sampah di segenap ruang rumah, malah turut kencing di merata tempat termasuk di atas permaidani dan belakang kabinet televisyen.

.

Bukan itu sahaja, lebih menjijikkan tisu tandas yang dipenuhi najis turut dibuang merata-rata.

.

“Mereka nampaknya menggunakan satu bilik tidur secara eksklusif sebagai tong sampah dan kencing serta berak sesuka hati di tempat yang bukan sepatutnya,” ujarnya yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab dan pengotor penyewa terbabit.

.

Bapa kepada tiga anak itu memberitahu, kerja-kerja pembersihan mengambil masa selama berjam-jam.

.

“Bayangkan, kami membawa keluar 60 beg sampah dari satu bilik tidur!

.

“Biar pun tiada kerosakan besar tapi saya tetap mengalami kerugian besar. -TAMAT-

.

.

Sudah baca kan cerita? Jadi apa iktibar atau langkah yang harus pelabur hartanah ambil untuk elakkan kejadian ini berlaku pada kita?

.

Pengajaran 1 – Tapis Prospek Penyewa

.

Tapisan penyewa amat penting untuk mengelakkan rumah kita disewakan kepada Tenant From Hell! Bagaimana Caranya?

.

1- Ambil gambar rupa paras penyewa. Ini memudahkan anda untuk buat report nanti jika benar penyewa buat masalah.

2- Ambil maklumat penyewa contohnya salary slip, dan juga Identification Card (IC copy). Sama tujuan seperti tujuan point no.1.

.

3- Ambil maklumat tempat kerja mereka. Maklumat-maklumat ini boleh di isi dalam Borang Maklumat Penyewa (anda boleh sediakan sendiri). 

.

.

Pengajaran 2 – Melawat rumah sewa 4 bulan sekali @ 3 kali setahun

.

Ini untuk memastikan penyewa sentiasa menjaga rumah anda dalam keadaan baik. 

.

Anda juga boleh memberikan servis bersih rumah sebulan sekali kepada penyewa.

.

Pembantu rumah tersebut boleh membantu anda ‘monitor’ rumah dan report pada anda sekiranya rumah ada sebarang kerosakan. 

.

.

Pengajaran ke 3 – Ambil tindakan walaupun sebulan bayaran sewa tertangguh

.

Pastikan ada Perjanjian Sewa. Sekiranya berlaku apa-apa, anda sebagai pemilik rumah boleh mengambil tindakan undang-undang berdasarkan klausa dalam perjanjian tersebut. 

.

Jangan tunggu sehingga rumah sudah berbulan bayaran sewa tertangguh. 

.

Apabila sudah melepasi tempoh, hantar surat / mesej sebagai peringatan (amaran).

.

Jika sudah lebih 2 bulan, anda berhak boleh ambil tindakan undang-undang dengan menghantar Letter of Demand terlebih dahulu. 

.

Jika tiada juga penyelesaian, boleh ambil tindakan undang-undang berdasarkan nasihat peguam anda. 

.

Apa-apa pun berbincanglah secara baik dahulu sebelum mengambil tindakan undang-undang. Ini dapat menjimatkan masa dan kos guaman. 

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?

Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.

Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :

Scroll to Top