1- Cari Ilmu
.
Pertama sekali sebelum beli rumah pelaburan, wajiblah setiap pelabur fahamkan dahulu 7 Kriteria dari Faizul Ridzuan.
.
Fahami median price, konsep booster, supply etc sebelum beli rumah pelaburan.
.
Disini anda akan belajar market value, harga transaksi, asking price, kadar sewa, dan pelbagai ilmu pelaburan yang penting.
.
Jika tiada ilmu ini, amat disarankan janganlah melabur kerana anda bakal rugi kalau tiada ilmu 7 Kriteria ini!
.
.
2- Analisa Kekuatan Kewangan : Kelayakan Pinjaman, Simpanan Tunai
.
Setelah memahami ilmu 7 Kriteria, pelabur perlu melakukan analisis kewangan diri mereka dahulu.
.
Contohnya berapakah kelayakan loan (loan eligibility) berdasarkan DSR (debt service ratio) terkini.
.
.
3- Pilih projek dan unit rumah yang sesuai dengan kelayakan dan kekuatan kewangan diri
.
Setiap projek perumahan pemaju ada pelbagai jenis size dan unit.
.
Pilih unit yang sesuai untuk pelaburan dan juga bertepatan dengan kewangan anda.
.
Lebih besar saiz rumah, lebih mahal harganya, dan loan bank pun bakal menjadi lebih tinggi.
.
.
4- Buat bayaran booking untuk secure unit tersebut
.
Kebiasaanya booking fee perlu dibayar pembeli rumah untuk menempah (book) unit tersebut.
.
Kadar booking fee ini dalam anggaran RM 1,000 ke RM 10,000 kebiasaannya. Booking fee ini bakal dipulangkan kembali jika loan anda tidak lulus.
.
Anda akan diberikan resit booking (atau Booking Form) dan ini akan digunakan untuk apply loan rumah nanti.
.
.
5- Hantar dokumen terkini kewangan untuk memohon pinjaman rumah dari bank
.
Selepas bayar booking, maka langkah seterusnya anda perlu sediakan dokumen-dokumen terkini 3 ke 6 bulan yang terbaru.
.
Contoh dokumen-dokumen adalah:
-CCRIS
– Slip Gaji 3 – 6 bulan (atau company bank statement bagi yang business)
-Bank Statement 3-6 bulan
-EPF Statement
-Perjanjian Sewa (jika anda ada rumah pelaburan lain yang disewakan)
-Resit Booking Pemaju
*kadang kala banker akan minta dokumen tambahan seperti bukti simpanan ASB, atau simpanan Tabung Haji sebagai dokumen sokongan.
.
Proses loan application ini mengambil masa kebiasaannya dalam 1 bulan dari tarikh anda hantar dokumen-dokumen.
.
.
6- Tandatangan Sale & Purchase Agreement dan Loan Agreements
.
Selepas loan rumah lulus, peguam pemaju akan mula menyediakan Sale & Purchase Agreement (SPA) untuk pembeli dan pemaju tandatangan.
.
Manakala pihak bank pula akan meminta peguam mereka menyediakan Loan Agreement (LA).
.
.
7- Bayar Progressive Interest
.
Kebiasaanya sesudah selepas sign SPA dan LA, lebih kurang sebulan atau 2 bulan selepas itu anda akan mula membayar loan bank anda.
.
Semakin banyak percentage unit anda disiapkan pemaju, semakin tinggi bayaran bulanan loan bank anda.
.
Jangan bimbang, pembayaran ini semua tersusun dan termasuk dalam Schedule H (rujuk jadual bayaran berdasarkan progres pembinaan dalam SPA anda).

.
Ketika rumah sudah hampir siap, pihak pemaju akan meminta anda membayar deposit meter TnB.
.
Ini sangat penting kerana jika anda lambat bayar deposit ini, kemungkinan unit anda akan lewat dapat meter elektrik! Kalau tiada meter elektrik, bagaimana nak renovasi rumah dan masukkan penyewa kan?
.
Semua perancangan bakal tergendala.
.
.
8- Rumah sudah siap, masa untuk ambil kunci rumah!
.
Pemaju akan hantar surat Vacant Possession (VP Letter) yang memaklumkan kesemua pemilik sudah boleh mengambil kunci rumah dari pemaju.
.
Ketika proses mengambil kunci ini, pembeli rumah berstatus strata akan membayar deposit maintenance fees, sinking fund sebanyak 4 bulan (kebiasaannya).
.
Pastikan anda ada wang secukupnya untuk bayar deposit-deposit ini.
.
Ada juga pemaju yang akan terus meminta bayaran property stamp duty untuk pemprosesan tukar nama geran (title) dari Master Title kepada Strata Title / Individual Title.
.
Prosedur ini dikenali sebagai Memorandum of Transfer (MOT).
.
Kos terlibat adalah dalam anggaran 3% dari harga rumah.
.
.
Jadi inilah 8 langkah yang boleh dijadikan panduan kita untuk membeli rumah dari pemaju. Hanya perlu ikut langkat ini jika nak mudah fahami proses pembelian rumah pelaburan dari pemaju.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?
Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.
Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :