fbpx

3 Tips Uruskan Risiko Penggunaan Kad Kredit

Ramai merasakan kad kredit ini menyusahkan kerana ianya adalah perangkap dalam diam. 

.

Banyak sudah orang terjebak dengan hutang kad kredit sehingga terpaksa membayar kadar interest 15-18% setahun!

.

Namun ada juga yang merasakan kad kredit ini ada kebaikannya. 

.

Contohnya seperti pembelian dapat points, cashback, rewards, sebagai emergency dan bermacam-macam lagi. 

.

Namun penggunaannya haruslah berpada-pada. 

.

Berikut disediakan 3 tips berguna bagaimana kita menguruskan kad kredit kita. 

.

Ini cara praktikal yang sangat sesuai dilakukan oleh semua pemegang kad terutama bagi mereka yang ada masalah mengawal diri berbelanja. 

.

.

1- Bayar kad kredit setiap hari!

.

Masalah tidak membayar kad kredit ini bukan masalah kad ataupun masalah pihak bank. 

.

Tapi adalah masalah sikap kita. SIKAP. 

.

Oleh itu, boleh guna pakai kad kredit setiap hari. Tetapi setiap malam pastikan membayar baki hutang tersebut. 

.

Boleh dibayar secara online banking sahaja. 

.

Kita pakai, dan kita bayar. 

.

Ini dapat mengelakkan kita dari berkhayal menggunakan kad kredit sehingga baki hutang kad meningkat sedikit demi sedikit sehingga ke amaun yang kita sudah tidak mampu membayarnya. 

.

Ini sesuai jika kad kredit hanya untuk kegunaan barang harian seperti petrol, beli barang dapur dan sebagainya.

.

2- Kad Kredit BUKAN future money anda!

.

Pemegang kad kredit selalu ada pemikiran begini “aku swipe dahulu, nanti dapat bonus nanti aku bayarlah.”

.

Sebenarnya pemikiran begini yang bahaya.

.

Kerana kebiasaan yang berlaku adalah pemegang kad tidak membayarnya bila dapat bonus nanti! 

.

Pasti ada saja alasan yang diberikan ketika hendak membayarnya. 

.

Jadi elakkan pemikiran penangguhan bayaran ini. Kad kredit adalah wang sedia ada anda. Anggap seperti kad debit dimana hanya pakai bila ada wang didalamnya. 

.

Apabila pakai, kita terus bayar seperti yang disarankan dalam point pertama. 

.

.

3- Sediakan balance dalam kad kredit untuk tujuan kecemasan

.

Andaikata kita tidak berdaya menyimpan setiap bulan dari gaji, anda boleh gunakan kad kredit sebagai kecemasan. 

.

Contoh mungkin ada keadaan dimana gaji kita sudah habis digunakan membayar hutang bank, mahupun untuk tujuan makanan. Tiba-tiba kereta kita rosak, atau motor pancit. 

.

Ini pastinya akan mengganggu perjalanan urusan harian kita. 

.

Jadi kita boleh gunakan kad kredit untuk membayarnya dahulu, kemudian pastikan akan ganti selepas dapat gaji nanti. 

.

Jangan swipe lagi kad selagi mana baki hutang kad itu belum dilangsaikan lagi. 

.

Apa pun tips diatas bertujuan memberi idea supaya anda dapat mengawal diri berbelanja mengikut kemampuan dan dalam masa sama dapat memanfaatkan kelebihan-kelebihan kad kredit anda. 

.

Ada banyak teknik lagi yang boleh digunakan untuk gandakan kekayaan anda.

.

Contohnya ada orang membeli rumah tanpa modal dengan menggunakan bantuan kad kredit. Ini teknik menarik seperti yang dikongsikan tuan Faizul Ridzuan dalam buku WTF 23 Properties by 30.

.

Kita kongsikan tips ini di lain masa ya. Selamat beramal!

.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?

Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.

Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :

Scroll to Top