fbpx

Scam “Ejen AKPK” – dengan hanya satu swipe, terus rugi RM 6,000 – RM 9000 ringgit!

Baru-baru ini KapitalisMuda ada dapat satu berita mengenai scam ejen AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) yang melibatkan ribuan ringgit kerugian. 

.

Bagaimana modus operandi gerakan scam ini?

.

1- Mereka akan menghubungi mangsa melalui panggilan telefon. Target mereka adalah golongan yang banyak berhutang dan kurang ilmu pengetahuan kewangan

.

2- Mereka mengaku sebagai Ejen AKPK.

.

3- Akan menerangkan bagaimana AKPK dapat kurangkan cashflows bulanan anda. Namun proses masuk AKPK ini agak lama. Dan memerlukan bantuan ‘orang dalam”. Orang dalam ini dapat mempercepatkan proses kelulusan untuk masuk AKPK. 

.

4- Ketika inilah mereka mengatakan ada “service charge” yang akan dikenakan. 

.

5- Setelah berjaya menyakinkan mangsa, scammer ini akan minta untuk berjumpa untuk proses permohonan. 

.

6- Semasa perjumpaan, mereka akan minta kad kredit mangsa, pergi ke ATM dan akan swipe untuk cash advance. 

.

*Cash Advance ini adalah antara kelebihan yang terdapat pada pemegang kad kredit dimana dapat mengeluarkan cash bergantung pada limit kad. Kebiasaannya Interest Rate untuk Cash Advance adalah lebih tinggi dari Personal loan.

.

7- Scammer akan swipe sehingga maksimum limit kad kredit mangsa. 

.

.

Berdasarkan maklumat yang diberitahu, ada mangsa yang ditipu RM 6,000 dan ada mangsa yang ditipu sehingga RM 9,000! 

.

Bayangkan orang dalam kesusahan berhutang tetapi ditipu dan hutang bertambah lagi! 

.

Hakikatnya, pihak AKPK tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk membantu menguruskan permohonan masuk ke AKPK. Tiada charge dikenakan malah prosesnya cepat.

.

Jadi saranan kami kepada orang awam, jika ingin berurusan dengan AKPK, silalah berurusan secara terus tanpa melalui pihak ketiga.

.

Ingat, tiada bayaran dikenakan dan ianya PERCUMA. Hubungi AKPK terus jika inginkan sebarang maklumat lanjut.

.

Jika tak nak kena scam, sila mantapkan ilmu kewangan anda. Follow KapitalisMuda website rapat-rapat ya!

.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?

Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.

Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :

Scroll to Top