Kagum benar KapitalisMuda baca cerita lelaki ini berjaya jual kereta dengan cara DIY (Do it Yourself) tanpa perlu top up wang lagi.
.
Biasanya bila buat full settlement kereta, kita kena tambah sedikit tunai pada bank kan disebabakan harga jualan kereta kita lebih rendah dari baki hutang bank?
.
Baca perkongsian Nur Amirul Asyraf dibawah ini bagaimana beliau berjaya jual kereta dengan cara DIY.
.
Ramai orang yang fikir banyak kali bila nak jual kereta mereka.
.
Sama ada jual ke kedai atau jual sendiri.
.
Dekat bawah ni saya kongsikan bagaimana saya jual kereta saya dengan cara pro.
.
1. REQUEST BANK UNTUK GENERATE BERAPA BAKI SETTLEMENT AMOUNT
Bank hanya boleh bagi as of today sahaja.
Jadi kalau korang expect settle proses jualan lagi 3 bulan, korang boleh calculate sendiri sebenarnya untuk estimate.
Kalau tak reti, boleh guna calculator ni https://loanstreet.com.my/…/car-and-personal-loan…
.
.
2. DAPATKAN MARKET VALUE KENDERAAN ANDA DARI BANK
Benda ni penting. Jangan ingat rumah jek ada market value, kereta pun ada.
Banker ada laa list kereta jenis apa untuk tahun bila semua.
Bukan apa, boleh jadikan benchmark harga.
Karang korang beriya letak harga, sekali boleh finance rendah jek.
Kan susah untuk buyer korang nanti.
.
3. BUAT IKLAN SECARA BESAR – BESARAN
Pastikan kereta dalam keadaan tercantik sebelum anda iklankan.
Kalau ada cacat cela nya tu, pergi laa repair dulu.
Nak jual dekat orang, barang biar elok.
Gunakan segala platform pengiklanan kereta online secara percuma.
Share dalam media sosial sekali, share dalam group kereta, group whatsapp dan sebagainya.
.
4. SUBMIT LOAN BILA DAH ADA CONFIRM BUYER
Proses loan ni bergantung.
Kalau anda tak buatkan, buyer kena buat sendiri laa.
Tapi kalau anda offer nak buatkan, anda perlu tahu perkara ni dahulu.
Make sure bank anda boleh accept contra case dari bank berlainan. Contoh bank ‘harimau’ dengan bank ‘sotong’.
Macam saya haritu, bank tidak benarkan.
.
5. OUTSOURCE PADA CAR DEALER
Ini pun cara lebih senang sebenarnya nak uruskan loan buyer anda.
Ada certain bank yang tak amik direct case ataupun sebab alamat buyer dari negeri lain.
Tips untuk cari car dealer yang betul.
Call bank tersebut dan cuba request nama car dealer yang mereka selalu berurusan. Lebih mudah and trusted.
.
6. PUSPAKOM
Tak susah mana pun kalau nak buat sendiri.
Luangkan masa hanya 1 hari sahaja. Pergi pagi pagi. Seronok sebenarnya.
Buat appointment terus dekat website Puspakom.
Pilih apa inspection yang nak dibuat, dan bayar.
Pastikan anda bawa Slip Pengesahan Temujanji bersama dokumen yang diperlukan
Ini link website untuk buat temujanji Puspakom. https://www.mypuspakom.com.my/
Bagi kereta yang ingin dipindah hak miliknya, JPJ memerlukan laporan B5. Jadi kena buat inspection ni.
Transfer of ownership (B5) : https://www.puspakom.com.my/transfer-of-ownership/
Dan jika penjualan melibatkan pinjaman dari bank, bank memerlukan laporan B7. Jadi kena buat inspection ni.
Hire purchase inspection (B7) : https://www.puspakom.com.my/hire-purchase-inspection/
Tapi kalau nak buat, pastikan timing tu betul. Laporan ni hanya ada 60 hari validity. Jangan syok sendiri buat sekali loan buyer tak lepas.
.
7. OUTSTANDING LOAN SETTLEMENT
Urusan ini bergantung pada situasi jual beli anda.
Kalau anda buat sendiri, dapatkan penjelasan terlebih dahulu dari pihak bank bagaimana process flownya.
Macam saya, car dealer yang uruskan proses contra case ni.
Mereka just bagi saya LOU dari bank buyer dan saya ke bank panel untuk buat full settlement.
Kalau jumlah pinjaman pembeli kurang dari baki pinjaman anda, anda perlu topup untuk selesaikan. Kalau ngam ngam, tak perlu bayar apa apa.
Kemudian serahkan Settlement Slip bersama Laporan B7 kepada car dealer untuk proses pinjaman buyer yang selanjutnya.
.
8. PERTUKARAN HAK MILIK
Bagi urusan tukar milik pula, sebaiknya kedua-dua pihak hadirkan diri di JPJ bagi urusan cap jari secara biometrik. Boleh paca di pautan ini.
https://www.jpj.gov.my/…/panduan-tukar-hakmilik-secara…
Tapi jika keadaan tidak mengizinkan, banyak lagi cara lain. Boleh juga baca di pautan ini.
https://www.carlist.my/…/cara-tukar-nama-kereta…/83140/
Urusan tukar milik ni pun saya hanya buat thru car dealer tersebut. Pemudah cara laa kiranya. Of course ada casnya tapi jauh lebih jimat dari jual kereta terus pada car dealer.
.
9. INSURANCE DAN ROAD TAX
Automatically bila hak milik sudah bertukar, insurans dan roadtax asal akan terbatal. Pembeli akan buat insurans baru dan mohon roadtax baru di JPJ.
.
10. DOWNPAYMENT
Bila loan buyer dah approved, buyer akan bayar downpayment untuk cover beza amount financing dia dengan harga jualan tadi kepada anda.
Bab booking tu ikut budi bicara pembeli dan penjual laa. Ini untuk mengelakkan sebarang penipuan berlaku dari mana mana pihak. Tak mahu laa tipu tipu ni.
.
Begitulah sedikit sebanyak cara nak DIY kalau nak jual kereta anda sendiri.
Proses memang agak renyah tapi sangat berbaloi.
Kalau jual dekat car dealer terus, kena topup RM20k untuk langsaikan hutang. Bila buat sendiri, tak perlu topup langsung. Hanya cover kos kos kecil jual beli sahaja.
Pandai buat hutang, pandai pandai laa settlekan hutang sendiri. Kena kreatif sikit.
Mana yang boleh buat sendiri, kita buat. Yang tak boleh, kita leverage pada yang lebih mahir.
Mungkin tak semua yang dijelaskan applicable pada situasi anda. Tapi boleh beri anda idea cara bagaimana nak buat.
Semoga bermafaat!
.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?
Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.
Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :