Isu penjawat awam terjerat dengan hutang personal loan (pinjaman peribadi) bukan lagi perkara rahsia.
.
Dan realitinya, personal loan, pinjaman kereta, dan kad kredit adalah penyumbang besar masalah kewangan yang dihadapi penjawat awam sekarang.
.
Jadi disini ada 5 tips khas yang boleh dipraktikkan penjawat awam jika ingin mendapat cash extra.
.
Pertama, tanamkan tabiat jangan terlibat personal loan!
Walau apa jua keadaan, elakkan dari budaya mengambil personal loan (melainkan memang sudah tidak dapat dielakkan)
.
Pinjaman yang mudah lulus, interest rate rendah tidak bermakna kita perlu ambil.
.
Jika sudah awal-awal terjebak, maka bertambah sukar kita nak uruskan kewangan kita kelak.
.
Lebih jimat kita dari membayar interest personal loan, lebih banyak cash kita dapat simpan!
.
Manfaatkan penjimatan cash dari Manfaat Perubatan
Penjawat awam tidak perlu membeli insuran atau takaful perubatan (medical card) untuk ahli keluarga lain seperti mana pekerja swasta kerana manfaat perubatan turut melindungi ahli keluarga seperti pasangan, anak, termasuk ibu bapa.
.
Ini sudah satu bentuk penjimatan cash sebenarnya kalau dibanding pekerja swasta.
.
Anggaran penjimatan adalah dalam RM300 ke RM 500 sebulan.
.
Cuba asingkan duit ini untuk membina simpanan kecemasan.
.
Bila ada simpanan kecemasan, anda tidak berada dalam keadaan terdesak. Jadi mengurangkan risiko anda apply personal loan!
.
Manfaatkan Pinjaman Perumahan LPPSA (Lembaga Perumahan Perkhidmatan Sektor Awam)
Salah cara dapatkan cash adalah dengan mulalah melabur beli hartanah.
.
Pelaburan hartanah kalau dilakukan dengan betul, berupaya menjana lebih RM 100,000 keuntungan dalam tempoh beberapa tahun sahaja!
.
Dalam bab ini, LPPSA tidak melihat komitmen bank lain melainkan yang tertera di dalam slip gaji.
.
Ini adalah advantage kepada mereka yang mempunyai kesukaran mendapatkan pinjaman bank komersil kerana faktor jumlah komitmen hutang bank yang tinggi.
.
Gunakan LPPSA beli rumah pelaburan yang menguntungkan.
.
Refinance hartanah yang dimiliki
Bagi yang sudah ada hartanah dengan pinjaman bank komersil, bolehlah consider untuk refinance rumah.
.
Semak market value dahulu dengan pihak bank. Dan buat kira-kira adakah refinance tersebut berbaloi dengan cash yang anda perlukan.
.
Penjawat awam memang “special” sedikit untuk mendapatkan loan berbanding pekerja swasta. Ini menjadikan proses memohon refinance lebih mudah.
.
Penjawat awam juga boleh refinance dari pinjaman LPPSA kepada bank komersil.
.
Manfaatkan pinjaman kedua dari LPPSA
Penjawat awam juga boleh memanfaatkan pinjaman ke-2 LPPSA bagi mereka yang sudah ada hartanah.
.
Contohnya :
.
1- Anda ada loan rumah LPPSA
.
2- Anda refinance rumah itu ke bank komersil. Pinjaman bank komersil lulus.
.
3- Loan LPPSA anda sudah dilangsaikan oleh bank komersil tadi. Tiada lagi LPPSA.
.
4- Gunakan kemudahan pinjaman ke-2 LPPSA anda untuk beli rumah satu lagi.
.
.
Sebagai tambahan, untuk rumah pelaburan, strategi yang boleh dipakai adalah:
.
1- Melabur beli rumah positive cash flows. Dapat cash extra beratus atau beribu ringgit setiap bulan.
.
2- Beli rumah yang menawarkan cashback. Dapat cash cepat tapi kena pastikan anda ada ilmu pilih rumah pelaburan yang betul.
.
3- Melabur beli rumah under market value dan jual dalam masa 1 atau 2 tahun. Ini strategi flipping.
.
4- Melabur jangka panjang. Beli, sewa dan simpan lebih dari 7 tahun untuk merasa hasilnya.
.
.
Kesimpulannya, gunakan manfaat-manfaat penjawat awam untuk menyimpan lebih banyak cash, dan dalam masa sama mula gunakan slip gaji untuk bina aset pelaburan.
.
Apabila anda sudah buat kaedah-kaeda diatas, percayalah anda sangat sukar untuk terlibat dengan personal loan lagi kerana sayangkan usaha anda sendiri membina tahap kewangan yang sihat!
.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?
Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.
Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :