fbpx

4 konsep kewangan mudah yang kita tahu tapi jarang kita diamalkan

Nombor 4 pasti ramai yang first time dengar.

.

1- Konsep tolak simpanan dahulu baru belanja

Contohnya anda bergaji RM 5,000 bersih.

.

Apa bila dapat gaji, terus tolak simpanan 10% paling minimum dari gaji. 

.

Kegunaaan simpanan kecemasan ini untuk tujuan-tujuan kecemasan (e.g perubatan, kemalangan, bencana, pendidikan).

.

Sekurang-kurangnya kita ada cash yang boleh digunakan untuk menampung kos tersebut tanpa perlu berhutang dengan pihak lain. 

Formula perlu dipakai adalah: 

Gaji – 10% simpanan kecemasan = Belanja lain 

.

Kenapa perlu buat begini kerana kita acapkali akan belanja habis dahulu kemudian tiada langsung wang menyimpan. 

.

Jadi apabila kita dapat gaji, dan terus menyimpan, maka selebihnya itulah baru kita gunakan untuk belanja-belanja lain. 

.

Inilah tabiat menyimpan yang betul 

.

Tips:

Ada pelbagai jenis pembahagian simpanan. Contohnya 

10% – Simpanan Kecemasan

10% – Simpanan bulanan

10% – Takaful 

Tapi saya suka tambah lagi. Baca point 4. 

.

2- Konsep menyimpan ditempat yang sukar dikeluarkan

.

Tips menyimpan adalah, simpan ditempat yang sukar dikeluarkan. 

.

Contohnya apabila kita asingkan duit gaji 10% seperti cadangan diatas, kita transfer duit tersebut dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji. 

.

Konsep dia adalah, kita tidak mahu apabila kehabiskan wang, maka kita terus mengorek tabung! Tak jadilah simpanan jika begini.

.

Tekniknya seakan-akan terlalu mudah. Tapi ianya sangat berkesan dalam membentuk tabiat menyimpan tunai. 

.

Buat apa kita kompleks kan perkara yang mudah kan? Keep it simple. 

.

.

3- Konsep Bina Hutang Baik 

Konsep ini memang popular dalam dunia kewangan moden masa kini. 

.

Setelah anda ada tabiat menyimpan yang baik dan konsisten, apa kata mula untuk kembangkan (gandakan) simpanan anda?

.

Hutang baik adalah hutang yang memberi anda pulangan.

.

Hutang jahat ialah hutang yang tidak memberi apa-apa pulangan pada kita. Contohnya seperti kereta yang saban tahun turun harga, hutang personal loan, ataupun kad kredit. 

.

Buat newbie atau yang baru dalam pelaburan, pastikan pilih pelaburan yang anda tahu sahaja dan selamat. 

.

Warren buffet ada berpesan, 

“Only invest in you what know”

.

4- Konsep the “the best investment is to invest in yourself!” 

Dalam proses menyimpan, tidak hanya kita menyimpan duit kecemasan seperti point 1 diatas.

.

Menurut billionaire Asia Lee Ka Shing, beliau mencadangkan asingkan minimum 10% dari pendapatan bulanan untuk tujuan dibawah : 

.

1- Tambah ilmu kewangan, pelaburan

.

2- kos-kos beli buku untuk tambah ilmu

.

3- Kos-Kos masuk kelas kewangan, perniagaan, pelaburan dan sebagainya. 

.

4- Kos bernetworking contohnya belanja mentor / guru / circle kita makan untuk merapatkan silaturrahim. Your networking is your net worth! 

.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?

Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.

Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :

Scroll to Top