fbpx

Jangan takut berdepan dengan risiko berhutang walaupun anda sudah tersilap langkah!

Baru-baru ini banyak kes bunuh diri, stress dan tekanan perasaan kerana faktor ekonomi yang tidak menentu sekarang ini. Saya faham. 

.

Namun walaupun kita menghadapi masalah kewangan, jangan risau. It’s not the end of the world. Ada beberapa cara yang anda boleh rujuk untuk membantu kewangan anda sebelum berputus asa. 

.

.

1- Bankrap / Muflis

.

Amount untuk muflis sudah dinaikkan dari minimum RM 50,000 ke RM 100,000 sejak pengenalan akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Penyakit Coronavirus 2019. 

.

Jangan bimbang. Di bawah undang-undang baharu, anda boleh keluar dari bankrupsi seawal 3 tahun jika benar ikut jadual pembayaran balik. 

.

Kelemahan bangkrupsi ini adalah anda tidak dibenarkan buat pinjaman bank lagi dan akan disekat dari keluar negara. Juga tidak boleh memiliki syarikat, menjadi pengarah atau memiliki aset-aset lain. 

.

Namun anda masih boleh bekerja mencari rezeki, dan tidak perlu risau dikacauganggu oleh pemiutang lagi kerana anda hanya perlu berurusan dengan pihak Insolvensi sahaja nanti. 

.

.

2- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

.

Ianya percuma kerana ianya adalah agensi dibawah Bank Negara Malayia (BNM). 

.

Ianya adalah berdasarkan secara sukarela iaitu peminjam secara sukarela hadir ke pejabat AKPK untuk menstruktur kembali hutang-hutang bank mereka. 

.

Penstrukturan akan menjadikan bulanan bank anda semakin rendah, lantas membantu aliran tunai bulanan anda menjadi lebih baik. 

.

Kelemahan masuk AKPK adalah tidak dibenarkan membuat sebarang pinjaman bank yang baru & tidak boleh keluar negara.

.

Berbeza dengan bankrup / muflis, mereka yang dibawah program AKPK masih boleh menjalankan perniagaan ataupun masih boleh menjadi pengarah pada mana-mana syarikat. 

.

Namun bukan semua hutang boleh distruktur AKPK ya. 

.

Pembiayaan perumahan dan pinjaman kereta (hire purchase) tidak boleh distruktur kembali oleh AKPK. 

.

Untuk ini baca point seterusnya. 

.

.

3- Reschedule dan Restructure (Penjadualan semula dan Penstrukturan semula)

.

Berlainan dengan nombor 2 diatas, penstrukturan semula hutang bank boleh juga dimohon secara terus dengan pihak bank.

.

Ini harus dilakukan dengan melakukan perbincangan dengan pihak bank. Peminjam akan merayu untuk menstruktur semula jadual pembayaran balik. 

.

Jika lulus, maka pihak bank akan meminta peminjam menandatangani perjanjian baru, yang mana bayaran bulanan lebih rendah, tetapi kebiasaannya tempoh pinjaman menjadi lebih panjang. 

.

Kelemahannya adalah, kemungkinan besar didalam CCRIS akan akan direkodkan status “restructure” atau reschedule dimana bank lain akan mengetahui anda pernah memohon penstrukturan semula atau pembiayaan semula hutang tersebut. 

.

Ini akan menjadi pertimbangan besar bagi pihak bank untuk meluluskan permohonan anda kerana credit score anda dimata bank sudah terjejas. 

.

.

4- Moratorium Bank

.

Bagi yang ada masalah bayaran bulanan bank, boleh memohon i-citra, moratorium dan segala bantuan kerajaann yang ada. 

.

Dibawah moratorium terbaru ini, anda boleh menangguhkan bayaran hutang bank dari 3 bulan sehingga 6 bulan. Bayaran insuran atau takaful anda pun boleh ditangguh selama 3 bulan. 

.

Namun saya sarankan, jangan ambil moratorium jika anda nak memohon pinjaman perumahan dalam tempoh 90 ke 180 hari akan datang ini ya. 

.

Anda boleh sahaja memohon moratorium selepas permohonan pinjaman perumahan anda sudah lulus. 

.

Sebenarnya KapitalisMuda cuma risau jika bank ada menjadikan permohonan anda gagal kerana moratoirum yang diambil. 

.

Namun begitu, sekiranya anda memohon moratorium dan pinjaman pada bank yang berlainan, maka ianya tidak menjadi masalah. 

.

.

5- Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)

.

Anda boleh juga mengambil inisiatif menyatukan hutang-hutang sedia ada, dan dapatkan bayaran bulanan yang lebih rendah. 

.

Caranya hanya perlu menghubungi pegawai bank, dan katakan anda ingin menyatukan (consolidate) semua hutang-hutang anda dengan bank lain. 

.

Contohnya anda ingin menyatukan hutang-hutang kad kredit dan pinjaman peribadi dibawah satu pinjaman peribadi dengan 1 bank sahaja. Ini boleh. 

.

Untuk ini, kelemahannya hanyalah jumlah interest pinjaman anda menjadi lebih tinggi kerana tempoh pinjaman akan dipanjangkan. Dan biasanya hanya hutang kad kredit dan pinjaman peribadi sahaja yang boleh disatukan. 

.

.

Sebenarnya ada 1 lagi teknik yang sangat power dalam dunia kewangan. Iaitu kita berhutang tetapi orang lain yang bayarkan. Teknik ini dikenali sebagai Debt Consolidation berserta Other People Money (OPM).

.

Nak belajar teknik ini? Klik link dibawah dan belajar dengan pelabur hartanah terkenal Faizul Ridzuan Ahad ini.

.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?

Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.

Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :

Scroll to Top