fbpx

6 golongan yang digalakkan ambil moratorium

Anda tak pasti sama ada anda patut ambil moratorium? Kalau anda rasa tak pasti, anda mungkin tidak memerlukan moratorium.

.

Tapi 5 golongan ini digalakkan untuk ambil moratorium. 

.

Dalam situasi yang tidak menentu ini, wang tunai adalah sangat penting. 

.

Dengan pengambilan moratorium, anda boleh mengurangkan komitmen bulanan selama 6 bulan dan meningkatkan simpanan untuk bertahan lebih lama dalam menghadapi pandemik Covid 19 ini. 

.

5 golongan yang digalakkan untuk mengambil moratorium: 

.

.

1- Simpanan kurang dari 6 bulan

.

Barang siapa yang tidak mempunyai simpanan minima 6 bulan perbelanjaan, anda patut ambil moratorium.

.

Tingkatkan simpanan wang tunai kerana kita tidak tahu berapa lama situasi ini akan berlaku. 

.

Kalau anda ada simpanan untuk 1 tahun, lagi bagus. 

.

.

2- Pekerja sektor yang terkesan

.

Banyak sektor yang tidak boleh beroperasi. Bila ‘lockdown’, lagi banyak sektor yang tidak dibenarkan beroperasi. 

.

Antara sektor yang sangat terkesan adalah pelancongan, pendidikan swasta, pengangkutan, perhotelan dan banyak lagi. 

.

Kalau pekerjaan anda tidak benar-benar stabil, lebih baik ambil moratorium. 

.

.

3- ‘Skilled investor’ yang mampu jana lebih banyak pulangan

.

Mereka ini mempunyai kemampuan untuk beranakkan duit.

.

Mereka mampu jana pulangan yang lebih berbanding membayar ansuran pinjaman seperti biasa. 

.

Jadi mereka patut ambil modal tambahan ini untuk buat apa yang mereka pandai iaitu jana lebih banyak duit. 

.

.

4- Hartanah aliran tunai positif

.

Sudahlah hartanah tu memang beri aliran tunai, bila ambil moratorium lebih banyak anda akan dapat. Boleh tambah simpanan anda. 

.

Bila kena bayar semula interest tu, ansuran akan naik sedikit tinggi.

.

Tapi sebab hartanah tu memang asalnya dapat aliran tunai positif, maka anda tak perlu keluarkan duit sendiri untuk tambah bayaran pun. 

.

.

5- Hartanah aliran tunai negatif

. 

Jika hartanah anda mempunyai aliran tunai negatif, simpanan dari moratorium itu boleh menampung pembayaran selepas moratorium tamat.

.

Jadi anda tak perlu keluar duit sendiri untuk bayar. 

.

Namun ini adalah ‘financial relief’ untuk jangka masa pendek. 

.

.

6- Rendahkan Debt Service Ratio (DSR)

.

Bila ambil moratorium, DSR anda akan turun.

.

Dalam masa ini, mungkin anda boleh beli hartanah yang dapat berikan anda cashback atau aliran tunai positif. 

.

Ini akan memperbaiki situasi kewangan anda disamping membolehkan anda memiliki sebuah hartanah. 

.

Jadi, sesiapa yang termasuk dalam 6 golongan di atas boleh memikirkan secara serius untuk ambil moratorium. 

.

Ada golongan lain pula yang TAK PERLU ambil moratorium.

.

Nak tahu siapa mereka? Baca artikel kami seterusnya mengenai moratorium PART 2 (klik sini).

.

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?

Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.

Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :

Scroll to Top