Dalam situasi pandemik ini, sebenarnya tidak semua orang terkesan.
.
Ada juga golongan yang bukan setakat tidak terkesan tapi berjaya untuk capai kejayaan semasa krisis.
.
Mereka ini tidak perlukan moratorium.
.
Matlamat mereka mungkin sudah berubah dari membina aset melalui pengambilan hutang baik kepada melunaskan semua hutang-hutang mereka.
.
Bila ambil moratorium, anda perlu bayar interest. Jadi ‘tenure’ pinjaman akan bertambah panjang atau ansuran bulanan akan meningkat sedikit.
.
Bagi golongan yang tak perlu ambil moratorium, lebih baik kekal tetap bersama pakej pinjaman asal.
.
Berikut KapitalisMuda senaraikan 4 golongan yang TIDAK PERLU ambil moratorium:
.
.
1- Simpanan lebih 6 bulan
.
Mereka yang mempunyai status kewangan yang mantap, tidak perlu ambil moratorium.
.
Mereka boleh bayar semua komitmen mereka tanpa masalah.
.
Lagi banyak simpanan, lebih kukuh kewangan mereka.
.
Jadi tidak perlulah ambil moratorium.
.
.
2- Sumber kewangan stabil dan kukuh
.
Ada tak golongan yang tidak terjejas pendapatan?
.
Mereka ini juga tidak perlu ambil moratorium.
.
Mungkin mereka bekerja sebagai pegawai kerajaan, atau bekerja dalam bidang ‘essential’ yang dibenarkan beroperasi penuh.
.
Pendapatan kekal seperti tiada apa berlaku.
.
Jadi kekal sahaja bayar pinjaman seperti biasa.
.
.
3- Hartanah duduk sendiri
.
Kalau hartanah duduk sendiri ni, walau macam mana pun memang anda yang perlu bayar sendiri.
.
Bila ambil moratorium, jumlah bayaran akan melebihi pakej pinjaman asal.
.
Jadi lebih baik jangan ambil moratorium sebab anda akan bayar lebih kerana ada faktor interest.
.
Walau bagaimanapun, anda boleh ambil moratorium jika pendapatan anda terjejas atau anda mempunyai simpanan kurang dari 6 bulan.
.
.
4- ‘Unskilled investor’
.
Anda ada duit, tapi anda tidak tahu bagaimana menggunakan duit untuk buat duit.
.
Jadi walaupun anda ada lebihan duit dari moratorium itu, anda tidak mendapat sebarang manfaat.
.
Sebaliknya, jumlah hutang anda meningkat. Jadi lebih baik jangan ambil moratorium.
.
.
5- Pinjaman yang tidak mendatangkan pendapatan
.
Ini untuk pinjaman yang tidak menggunapakai konsep OPM atau ‘other people’s money’ dan adalah 100% liabiliti.
.
Contohnya PTPTN atau pinjaman peribadi.
.
Walau macam mana pun, memang anda yang perlu bayar sendiri.
.
Jadi teruskan membayar. Jangan jadikan hutang itu lebih besar.
.
.
KapitalisMuda berpandangan, moratorium ini adalah pilihan.
.
Tidak semua orang sesuai untuk ambil moratorium. Status kewangan orang adalah berbeza.
.
Kalau tak perlu ambil maka tak perlulah ambil. Teruskan bayar ansuran seperti biasa.
.
Terlepas baca PART 1? Klik sini untuk baca PART 1
.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?
Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.
Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :