“Kita muda lagi. Tak payahlah fikir nak beli rumah. Beli kereta dulu, pergi lihat dunia. Nikmati dulu dunia ni. “
.
Ramai anak muda yang berfikiran begini.
.
Tapi ramai juga yang berfikir sebaliknya. Alhamdulillah semakin ramai anak muda yang cakna kewangan dan pelaburan.
.
Mereka sudah mula melabur dalam usia yang muda. Ini manfaat jika anda mula melabur pada usia yang muda.
.
1- Tempoh pinjaman maksima
Pinjaman perumahan maksima adalah 35 tahun dan umur maksima boleh pinjam adalah pada 70 tahun.
.
Jadi, selagi anda buat pinjaman sebelum 35 tahun, anda boleh dapat tempoh pinjaman maksima.
.
Apa manfaat tempoh pinjaman panjang?
.
Ramai juga yang tidak suka untuk ambil tempoh pinjaman panjang.
.
Tapi untuk yang mahu melabur, tempoh pinjaman panjang adalah matlamat mereka.
.
Ini kerana mereka boleh dapat amaun ansuran yang paling rendah.
.
Bila ansuran rendah, aliran tunai dari sewaan unit akan dapat lebih.
.
2- Fleksibiliti untuk buat keputusan
Pada usia muda, anda lebih fokuskan untuk bina karier supaya pendapatan anda meningkat. Anda belum terlalu memikirkan dimana untuk ‘settle down’.
.
Jadi anda boleh fokus untuk melabur dahulu.
.
Beli rumah pelaburan beberapa unit dahulu sebelum anda beli rumah untuk duduk sendiri yang selesa.
.
Jadi walaupun anda kena berpindah kerana tugas, anda tak perlu risau sebab rumah pelaburan itu tetap menjana pendapatan seperti biasa.
.
3- Lebih awal anda beli, lebih banyak peluang untuk jana keuntungan
Bila anda beli lebih awal, anda boleh jual bila harga rumah itu mencapai nilai yang anda inginkan.
.
Ambil keuntungan dari sebiji rumah itu dan laburkan semula ke dalam beberapa biji rumah yang lain.
.
Dan kerana usia masih muda, anda masih boleh mendapat tempoh pinjaman maksima.
.
Dari sebiji rumah, sudah bertambah ke beberapa biji. Jadi nilai aset anda semakin tinggi.
.
Ulang dan ulang proses jual beli sehingga anda mencapai nilai aset yang anda inginkan.
.
Masa adalah sesuatu sumber yang kita tidak boleh beli dan kita tidak akan dapat kembali. Sesiapa yang bermula awal, akan ada banyak kelebihan berbanding yang bermula lambat.
.
Semua gaya hidup itu boleh anda nikmati menggunakan hasil pelaburan anda, jadi tidak perlu gunakan duit sendiri. Inilah mentaliti seorang pelabur bijak.
.
Selamat melabur!
.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak belajar bagaimana nak beli rumah pelaburan yang menguntungkan dengan modal yang rendah?
Belajar dari expert Faizul Ridzuan yang dah mempunyai lebih 60 buah rumah Ahad ini.
Klik dan register terus di link ini (by invitation only) :